Masalah Port Unifi Penuh, Antara Isu Paling Biasa Berlaku dikalangan Bakal Pelanggan Unifi. Baca Untuk Faham Isu Port Penuh


"Maaf tuan/puan. Setelah pemeriksaan dijalankan, kawasan tuan/puan dah full port @ port penuh..."

Ini merupakan antara jawapan yang paling tidak diingini oleh setiap pelanggan yang teringin nak pasang Unifi. Betul tak?

Dah bertanya pada ramai agent, jawapannya still sama.
Port penuh
Full port

Jadi, apa yang penuh sebenarnya? Apa benda port penuh ni?

Ok. Full port yang dimaksudkan adalah port untuk menyambungkan cable dari fiber distribution point/box ke rumah anda sudah penuh.

Untuk lebih faham, cuba tengok gambar ni. Perasan tak ada box logo TM? Ni la fiber distribution point (FDP).


Setiap fiber distribution point boleh cover 8 buah rumah sahaja. Anda boleh survey sendiri lorong kediaman anda ade berapa tiang elektrik ni dan adakah kesemuanya sudah ada FDP. Contohnya, 1 lorong ada 3 fiber distribution point. Maknanya 1 lorong tu, ada 24 rumah yang boleh pasang unifi.

So, full port atau port penuh terjadi disebabkan kesemua point sedia ada telah dimiliki penduduk. Itulah maksud dia.

Nak pasang juga? Apa yang perlu anda buat?

Untuk cuba selesaikan isu ni, ada 2 alternatif:

1. Tradisional

Walk-in ke TM Point. Nanti mereka akan check alamat anda dan jika,

Infrastructure TM belum ada
Mereka akan masukkan nama anda dalam TM waiting list.

Infrastructure TM sudah ada tapi port penuh
Pihak TM akan cari port yang terdekat untuk anda. Then mereka akan buat permohonan untuk request penambahan port.

Take note: Permohonan nak request new infrastructure ni bukan suatu perkara yang mudah dan ia memerlukan perbincangan yang lebih serius kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Pihak TMpoint, live chat, authorised reseller dan agent tak mampu berikan jawapan bila pihak TM boleh selesaikan masalah ini kerana ia beyond their control. Harap anda faham.

2. Digital.

Jika anda tiada masa nak walk in, just buat je secara online. Jimat masa dan tenaga. Anda just perlu visit Unifi Sales Enquiry Form (SLOF). Selepas selesai masukkan segala info yang diminta, make sure anda simpan reference number untuk tujuan followup ok!

Visit SLOF page

Berminat nak pasang unifi?
Whatsapp saya dengan klik link di bawah. Kita check coverage dulu

Post a Comment

0 Comments