Rumah Takde Unifi Coverage? Apa Yang Perlu Saya Buat? Ini 3 Option Yang Perlu Anda Consider & Take Action


Saya perlukan internet di rumah. So decide nak pasang unifi. Contact agent minta mereka check, jawapan yang saya dapat...

"MAAF. RUMAH TUAN TIADA COVERAGE UNIFI"


Hampa kan? So apa yang saya boleh buat? Mesti boleh buat something kan?

Ok, saya akan share 2 alternatif yang anda boleh take action untuk maklumkan pada TM Unifi yang anda serius perlukan unifi. Ingat, option ni tak menjamin hari ni apply, esok lusa dah boleh ada internet unifi. At least anda take action.

1st sekali, kena register interest anda. Kalau tak register macam mana TM nak tahu sesuatu kawasan tu ada demand nak pasang unifi atau tidak. Agent yang check bukan dikira sebagai register interest ya. Mereka hanya check sahaja.

So, bila tahu status tiada liputan unifi @ no unifi coverage, anda boleh ambil 2 langkah berikut:


1. Walk-in ke TMPoint

Staff akan minta alamat rumah/office anda. So sebaiknya prepare atau backup bil air atau bil elektrik sebagai sumber rujukan mereka. Bila mereka dah check. Jika...
  • Infrastructure TM belum ada - Mereka akan masukkan nama anda dalam TM waiting list.
  • Infrastructure TM ada tapi port penuh - Mereka akan cari port yang terdekat untuk anda. Then mereka akan buat permohonan untuk request penambahan port.

2. Borang Online

Kalau anda tiada masa nak walk in, just buat je secara online. Jimat masa dan tenaga. Anda just perlu isi borang SLOF Unifi (Sales Enquiry Form). Selepas selesai masukkan segala info yang diminta, make sure anda simpan reference number untuk tujuan follow-up ok!

Klik sini untuk isi form SLOF

3. Dapatkan Modem 4G LTE

Modem ini membolehkan anda menggunakan hotspot telco secara unlimited. Still ia menggunakan simcard telco provider (unifi, celcom, maxis, umobile etc.) untuk berfungsi.

Sebelum anda plan untuk subscribe mana-mana plan telco, periksa signal telco mana paling laju terlebih dahulu. Rujuk posting Opensignal untuk check.

Disclaimer: Modem ini tidak menggunakan gentian fibre. Ia hanya sejenis modem. Kekuatan coverage adalah berbeza mengikut kawasan.

Pesanan Kasih Sayang

Permohonan nak request new infrastructure ni bukan suatu perkara yang mudah ye. Pihak TMpoint, live chat, authorised reseller dan agent tak mampu berikan jawapan bila pihak TM akan tambah fasiliti sebab isu ni beyond their control. Harap anda faham.

Nak Check Coverage?

Bagi yang belum tahu status coverage dan berminat nak pasang unifi? Boleh klik link Whatsapp di bawah. Bagi yang sudah tahu status, cuba follow-up balik dengan pihak TM melalui Walk-in atau live chat sebab agent tak boleh buat apa-apa.

Semoga perkongsian ni memberi sedikit kefahaman tentang isu tiada liputan atau no coverage untuk unifi home fibre di tempat anda. Sekian. Terima kasih.

https://kliksini.my/Blogspot1

Post a Comment

0 Comments