Proses Pemasangan Unifi yang Perlu Anda Tahu. Standard vs Non-Standard Installation (Optional)


Pemasangan percuma! Semuanya percuma.

Itulah janji manis sesetengah agent. Namun tidak dinyatakan situasi macam mana yang dikira percuma dan yang tidak. Jom saya kongsikan jenis pemasangan dan kos-kos yang terlibat.

Dalam artikel ni, anda akan familiar dengan standard installation atau pemasangan standard dan pemasangan tidak standard (optional).

Maklumat ini penting bagi memastikan anda dan kontraktor TM dua-dua tak stress. Yelah, anda telah dicanangkan segalanya percuma tapi tiba-tiba kena bayar. Sape hati tak panas kan? Kontraktor TM pulak stress sebab dapat pelanggan yang bising. Hehehe Sabar-sabar.

Luar Rumah



#1 Distribution Point (DP) terletak on the Ground

Kalau lokasi DP di area 1 (luar pagar) atau 2 (dalam pagar), standard installation akan dilakukan dan segala kos adalah dari pihak TM.

Kecuali anda request nak tarik cable secara underground. Memang akan nampak lebih estatik tapi ini dikira non-standard dan anda kena uruskan pencarian kontraktor dan tanggung segala kos. Then baru pihak TM pasang.

#2 Distribution Point terletak pada Tiang


Daripada DP, cable ditarik terus ke fiber termination box (FTB). Kerja-kerja ni ditanggung oleh pihak TM. Sama juga macam kat atas. Jika anda nak buat underground installation, RM212 akan dikenakan.

Dalam Rumah


#1 Pendawaian Biasa


Untuk internal cable, TM provide 50 meter cable secara percuma. Lebih dari itu, anda akan dikenakan charge tambahan sebanyak RM2.5 per meter. Casing juga akan diberikan secara percuma untuk 50 meter pertama bagi menutup cable dan agar nampak kemas. Charge tambahan RM2.5 akan dikenakan jika melebih panjang yang ditetapkan.

#2 Pendawaian Siling

Pendawaian jenis ini dikira non-standard installation. Anda perlu menanggung segala kos yang berjumlah RM66.

So, macam ni lah cerita dia. Setiap rumah memang mempunyai isu-isu yang berbeza. Biasalah, ada yang rumah renovate, rumah jiran renovate halang laluan dari DP ke entry wall, ada yang DP jauh dan macam-macam lagi.

Nasihat saya, rajinkan bertanya dengan agent jualan atau kontraktor TM sendiri. At least dengan maklumat-maklumat sebegini membuatkan anda lebih bersedia dari segi mental dan kewangan. Ada sesetengah pengguna memang tak kisah keluarkan duit asalkan nampak kemas. At the end, berbalik kepada diri masing-masing. Sekian!

Berminat nak pasang unifi?
Whatsapp saya dengan klik link di bawah. Kita check coverage dulu
Nak daftar Unifi 

Post a Comment

1 Comments

  1. Area saya tiang tm je ada tp tmbox atau dp tu tiada..apa cara ya untuk saya dapatkan home unifi saya?.Terima kasih

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)