Cara Bayar Bil Unifi Guna JomPAY melalui Maybank2u | Serius Mudah dan Cepat


Ramai pengguna yang baru pasang unifi tertanya-tanya...

"Macam mana nak bayar bil unifi ye?"


Disini saya kongsikan cara paling mudah untuk bayar bil unifi. Untuk follow step yang saya tunjukkan ni, anda kena ada online banking lah. Kalau takde online banking, boleh rujuk posting ni untuk bayar bil unifi.

Guna JomPay

Ni feveret saya sebab paling simple dan paling mudah. Cara bayar bill unifi home fibre guna JomPAY macam ni:

Bukak mana-mana online banking. Contoh sini saya guna Maybank2u.

1. Login mcm biasa
2. Pilih Pay & Transfer
3. Bahagian Pay to pilih JomPAY


4. Enter Biller Code: Taip 8888 je. Jangan taip Unifi pulak. Hehehe Kod ni hanya untuk Unifi. 


5. Ref-1: Isi no akaun anda. Biasanya selepas pendaftaran unifi berjaya, agent akan bagi no akaun unifi ni. Ref-2: Boleh di biarkan kosong.

Nombor akaun adalah sgt penting. Untuk check nombor akaun, boleh check bill. Jika tak ada bill, boleh check myunifi app. Jika tak ada myunifi app juga, boleh check SMS tiap bulan yang dapat tu.

6. Isi jumlah yang kena bayar setiap bulan di bahagian Pay Amount. Let say anda ambil pakej RM89 sebulan. Kira sekali dengan SST jadi RM94.

7. Tick di bahagian "i hereby agree to the T&C" dan klik PAY. Selesai

Senang kan? Biasanya agent yang anda deal masa nak daftar unifi akan advice tentang perkara ni. So sepatutnya setiap yang berdaftar mesti dah diterangkan.

Bagi yang belum daftar unifi, hubungi saya segera. Perkhidmatan tentunya yang terbaik untuk anda. Klik button di bawah.

Daftar Unifi

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya pernah dengar JomPay ni third party, ada yang terkena, duit dari account ditolak tapi pembayaran tidak dibuat. Ada sesiapa ada pengalaman macam tu?

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)